Gula,
antara fakta atau auta
Semua orang pasti sedar mengenai bahaya gula.
Namun ia tidak bermakna kita mengurangkan pengambilannya dalam makanan mahupun
minuman. Malah, kita tidak boleh mengelak langsung pengambilan manisan
sepanjang hidup kita.
Namun tahukah anda bukan gula yang menjadi
penyebab utama masalah kesihatan tetapi, menurut pakar kimia, penyakit jantung
dan obesiti berpunca daripada lemak tepu di dalam gula yang dijual di pasaran
dan bukan gula itu sepenuhnya.
Terdapat banyak mitos mengenai gula yang ramai
tidak sedar, seperti fakta yang dinyatakan di atas. Maka, FMT Ohsem akan
membawa anda kepada satu pembongkaran mengenai gula yang selama ini mungkin
tidak diketahui. Mari kita lihat satu persatu.
1. Gula merah, madu lebih baik dan sihat dari
gula putih
Laman Insider dalam satu laporan memetik kata
pakar kardiologi dari Hospital Columbia Presbyterian di New York, Dr. Jennifer
Haythe, menyatakan tiada perbezaan ketara dalam jenis gula, gula putih, merah,
madu atau apa sahaja. “Mereka semua akan dipecahkan menjadi glukosa. Semua
jenis gula adalah karbohidrat yang boleh digunakan sebagai glukosa,” katanya.
2. Gula buat anak hiperaktif
Rupanya tiada perkara seperti itu. Menurut
Food For Fitness, pelbagai kajian menunjukkan gula tidak berhubung kait dengan
keadaan hiperaktif kanak-kanak sebaliknya ia hanya kepercayaan yang akhirnya
mempengaruhi psikologi. “Bila kanak-kanak diberikan banyak gula? Dalam sesebuah
majlis seperti hari jadi atau sambutan. Ternyata kanak-kanak akan menjadi suka,
riang dan teruja. Jadi mereka akan kelihatan aktif, bukan kerana gula tetapi
‘acara’ tersebut,” tulisnya.
3. Elak buah kerana mengandungi gula tinggi
Tahukah anda buah-buahan juga mengandungi gula
seperti sukrosa dan fruktosa? Tetapi kita selalu sahaja disaran makan buah.
Menurut Food for Fitness, buah meningkatkan reaksi insulin dan mengawal glukosa
darah pada tubuh obes. Ini khususnya menerusi pengambilan buah-buahan seperti
manga dan beri biru. Saintis percaya kandungan phytokimia dalam buah membantu
menyerasikan cara kita menghadam karbohidrat dan kawal kandungan glukosa dalam
darah. Kesimpulannya, gula dalam buah membantu mengawal berat badan.
4. Ketagihan gula
Tiada istilah ketagihan gula dalam erti kata
sebenar. Perkara tersebut disahkan dalam menerusi pelbagai kajian sains. Jadi
kalau ada orang beritahu “saya ketagihan gula,” ingatkan mereka ia hanya mitos.
Menurut laman The Daily Meal, pengambilan gula mengaktifkan otak dan sistem
mesolimbic dopamine yang menawarkan ‘rasa hebat’ pada minda.
Apabila otak menerima signal ‘rasa hebat’,
maka kita cenderung untuk terus menikmati makanan bergula. Itu adalah sebab
sebenar di sebalik rasa ingin makan makanan manis.
5. Pengambilan gula menyebabkan penyakit diabetes
No comments:
Post a Comment